
DUNIA terkejut dengan serangan nekad kumpulan militan Taleban ke atas kawasan tengah Kabul, termasuk Istana Presiden yang dikawal ketat, Isnin lalu. Ramai pengamat politik berpendapat ia sebagai isyarat tegas bahawa Taleban mampu melancarkan serangan di ceruk mana pun di Afghanistan. Ia juga sebagai satu tentangan dan cabaran kepada kabinet baru Presiden Hamid Karzai yang beberapa kali tertunda perasmiannya.
Dalam pada itu, terdapat rancangan menambah 37,000 lagi askar Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato). Serangan tersebut memang yang terbesar ke atas ibu kota itu sejak 28 Ogos tahun lalu ketika sekumpulan militan menyerang kediaman pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meragut 11 jiwa termasuk tiga pekerja PBB.
Serangan terbaru itu menonjolkan kesan perang psikologinya bahawa Taleban yang lebih kecil dapat bertahan menghadapi serangan tentera Afghan, pasukan antarabangsa dan tentera Pakistan. Sejak setahun terakhir ini, Taleban memperkuat strateginya dalam perang zahir, perang psikologi dan hebahan menerusi Internet dan video.
Dikhuatiri jika kesangsian rakyat Afghan kian mendalam dek strategi nekad Taleban, pasti pemerintah Karzai akan menjadi lemah. Presiden Karzai perlu bijak dalam mengambil tindakan segera agar memperkukuh tahap keselamatan di seluruh negara, mengatasi rasuah, meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan memastikan keadilan terlaksana. Cabaran ini memang sukar dilaksanakan. Oleh itu, beliau perlu tegas dan mencari muafakat dengan semua ketua puak majoriti Pashtu dan minoriti yang lain untuk memenangi perang saudara ini.
Perang Afghanistan perlu ada had tempohnya. Lebih besar bilangan korban jiwa pihak askar asing, akan lebih banyak tekanan dalam negeri yang bakal dihadapi oleh Amerika dan Nato untuk mengundurkan askar mereka. Inilah strategi Taleban demi 'mengusir' kehadiran Amerika dan Nato. Oleh itu, pemerintah Afghanistan dan pihak Barat perlu berjaya meyakinkan rakyat Afghan demi mendapatkan kerjasama menyeluruh dalam menentang Taleban.
Labels: A thousand splendid suns, splendid indeed
i am: Mahirah
Another soul on Earth
Muslimah
She believes that behind every trial & every sorrow that God makes us shoulder, He has his reasons.
Proud to be part of MAI alumni of 2009, S509♥
Arifahlove
Aini love
Adlina love
Faeezah love
Nadhrah love
Khadija love
Khalisah love
Hayati love
Miss Wardah love
Muhaimin dude
Shidah love
Designer : Kookies
Coding references are from: Le. Romantique & Daybeforemisery(yarlythestarfish)
Brushes from: Aethereality
Textures from: Hybird Genesis